Isnin, 5 Mac 2012

Majlis Penerimaan Murid & Pembukaan SMK Toh Johan


Hari ini merupakan hari pertama SMK Toh Johan dibuka untuk menerima pelajar seramai 212 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 4. Sambutan dan kehadiran ibubapa, wakil PIBG , guru besar serta pengetua sekolah-sekolah sekitar Trong sangat baik serta diluar jangkaan. Kerusi yang disediakan di khemah dipenuhi oleh ibubapa pelajar serta jemputan.