Selamat Datang!

Laman Rasmi, Pusat Sumber Sekolah, SMK Toh Johan, Trong, Perak Darul Ridzuan.

Kelengkapan PSS

Pusat yang dilengkapi dengan bahan sebagai bantuan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

PSS adalah Gedung Ilmu

Gedung ilmu pengetahuan di mana individu atau kumpulan dapat mencari, memperkaya dan mempertinggi pengalaman dan pengajian.

PSS adalah Agen Perubahan

PSS adalah agen perubahan dalam sesebuah sekolah ke arah perkembangan potensi dan minat individu serta kerjasama kumpulan.

Macam-macam ada di PSS

Dilengkapkan dengan koleksi bahan-bahan buku dan bukan buku. Juga menyediakan bahan-bahan kemudahan untuk kegiatan rekreasi.

Isnin, 16 April 2012

Video - Undang-undang di Pusat Sumber



so funny! such a creative video!
good job :)

Perhimpunan Pertama - Memperkenalkan Bendera SMK Toh Johan


19 Mac 2012
ini merupakan perhimpunan kali pertama sejak sekolah dibuka dan mula menerima murid pada 5 Mac 2012.agak teruja juga kerana pada perhimpunan ini juga akan diperkenalkan bendera sekolah SMK Toh Johan buat pertama kali

PRASARANA



sehingga hari ini, buku-buku belum selesai diproses. jadi, PSS belum dapat memberikan perkhidmatan sepenuhnya - selaras dengan motto - untuk menjadi 'One Stop Centre'. buat masa ini, kemudahan yang sudah boleh digunakan ialah karel yang dilengkapi dengan set audio di mana murid dapat mendengar siaran radio, mendengar cd dan juga menggunakan pen drive.

Rabu, 11 April 2012

Divine Design: How to create the 21st-century school library of your dreams

Divine Design: How to create the 21st-century school library of your dreams

pening,pening

PSS SMK Toh Johan ni luas.saya pun tak berapa nak ada idea macamana nak letak susun atur terbaik - dan sebaik-baiknya praktikal untuk kegunaan warga sekolah.

dalam dok mencari image library yang boleh dijadikan contoh, saya terjumpa website ni.saya sangat tertarik dengan salah satu gambar - cantik betul, rasa macam ada langit di dalamnya.

apapun, saya mahukan suatu design yang selaras dengan masa kini - era digital.tak nak dah letak meja yang pakai skirt (skirting - sebenarnya kurang praktikal sebab akan kotor sebab dijadikan kain pengelap tangan oleh pelajar).biarlah ianya sesuatu yang berlainan daripada PSS biasa - selaras dengan tema - Digital & One Stop Centre

seorang guru kanan memberikan cadangan - jangan masukkan banyak perabot, nanti akan menyusahkan - biarlah lapang.betul jugak tu, betul sangat-sangat. jadi saya kena betul-betul berhati-hati dalam membuat susun atur supaya tak jadi semak pulak

Libraries Past and Future